6 Makanan Tempatan Paling Kita Rindu Bila Berada Di Luar Negara
http://beritapadu.blogspot.com/2015/10/6-makanan-tempatan-paling-kita-rindu.html
Ini bukan perkara baru, jika kita berada di luar negara untuk satu satu tempoh masa yang agak panjang, selain merindukan yang tersayang perkara kedua terdekat di hati pastilah makanan tempatan. Kerana makanan kita paling hebat di dunia!
Jika anda pernah berada di luar negara untuk tempoh lebih dari 72 jam, pasti kerinduan terhadap makanan makanan berikut akan mula melanda. Tidak percaya, anda boleh cuba sendiri.
1. Nasi Lemak
Walaupun jika duduk di Malaysia, bukanlah setiap hari kita makan nasi lemak tetapi jika berada di luar negara hidangan inilah yang paling kita dambakan. Lebih lebih lagi jika sudah beberapa asyik menjamah kebab yang halal.
2. Roti Canai
Sarapan di mana mana negara di dunia ini tidak akan dapat menandingi sekeping roti canai banjir dengan kuah kari atau dalca pilihan anda. BONUS: Teh tarik sebagai pelengkap, oh dugaan.
3. Nasi Campur / Kandar
Kami sekalikan dua makanan harian rakyat Malaysia ini dalam satu kerana mekanisme memilih lauk pauk adalah sama, cuma yang berbeza hanya lokasi dan pilihan. Tidak akan anda jumpa kedai di mana mana di dunia ini yang buka 24 jam dan tawarkan lauk yang sama mewahnya sama ada 2 petang atau 2 pagi — selain restoran mamak kita.
4. Durian
Buah ini kita rakyat Malaysia makan secara bermusim dan jika anda jumpa di luar negara pun, mungkin perlu bergadai harta untuk dapatkan waima seulas. Kelemakan dan manis isinya memang tidak tertanding walau gelato di Trevi Fountain.
5. Laksa
Bayangkan, anda berada di luar dengan cuaca mencecah 10 darjah Celcius, apakah juadah paling enak untuk panaskan badan? Exactly.
6. Roti John
Walaupun ini bukan makanan tradisional kita, makanan ini punya tempatnya tersendiri dalam hati rakyat Malaysia. Tiada sandwich mahu pun lobster roll di luar negara yang mampu tandingi kandungan isi Roti John yang sentiasa buat kita meleleh.