'Suami Awak Dah Berzina Dengan Isteri Saya'


"Lelaki diuji saat dia punyai segalanya,"

Ya, memang benar. Di saat suamiku ada segala-galanya, wang ringgit, kerjaya, dia lupa siapa yang berada disisinya sejak 20 tahun lalu. 

Sepanjang 20 tahun berkahwin dengan aku, bahagia. Sebab apa? Sebab aku sangat menyayangi dia, sangat okay. Walaupun banyak kali aku kantoikan dia scandal dengan perempuan lain. Itu yang aku tahu, yang aku tak tahu? Wallahualam. 

Dan setiap kali kantoi, bermati-matian dia tidak mahu mengaku. Aku menjadi buntu. Bila aku tanya, "Abang nak kahwin ke dengan perempuan ini?". Dia menjawab, "Tak nak. Abang bukan ada apa-apa pun,". Walhal dalam mesej dan WhatsApp penuh dengan ayat-ayat mabuk cinta. Masih lagi aku bersabar? Ye, aku bersabar sebab aku sayangkan dia dan anak-anak. Dia merayu aku mengampunkan dia, aku ampunkan sebab aku bukan jenis pendendam. Hanya satu saja yang aku minta, aku panjatkan doa kepada yang maha esa,

"Ya Allah, tunjukkan kepadaku kebenaran,".

Sehinggalah yang terakhir, penamat kisah hidup aku dengan dia, penamat jodoh aku dengan dia, suami aku meninggal dunia akibat dipukul.

"Suami awak sudah berzina dengan isteri saya!" kata lelaki tersebut.

Allah! Aku terduduk. Pada mulanya aku tidak percaya, aku tidak percaya lelaki semulia suamiku, bapa yang penyayang kepada anak-anaknya, anak yang terbaik untuk ibunya, cucu yang terbaik untuk neneknya, abang yang terbaik untuk adik beradiknya, sanggupkah dia melakukan sebegitu? Tidak fikirkan dia tentang kami?

Tetapi akhirnya aku pasrah setelah beberapa bukti yang aku temui. Bukti kukuh dan bukan lagi telahan. Cukup sekadar aku katakan, "Ya semua ini benar,". 

Di WhatsApp mereka menceritakan tentang kesedapan yang mereka lakukan itu. Walaupun dia delete tetapi dia lupa kuasa Allah maha hebat kan? Aku recover semula apa yang dia delete. "Cukup Bukti". Full stop!.

Pergilah abang menemui Penciptamu. Kerana jika abang hidup pun, sayang takkan terima abang lagi dalam hidup sayang. Cukup sekadar sampai di sini. Sayang tahu ini yang terbaik buat kita. Sayang tahu ini yang terbaik buat abang. Saya tahu Allah dah ampunkan dosa-dosa abang dan menerima taubat abang. Damailah abang di sana dalam pelukan yang maha Esa. Sayang doakan abang bahagia di sana bersama bidadari syurga impian abang. Sayang tahu Allah lebih mengetahui segala-galanya.

Usah risaukan sayang di sini. Pandailah sayang menjaga diri dan anak-anak amanah dari Allah ini. Sayang dah cukup kuat menerima segalanya. Terima kasih abang kerana mengajar sayang erti 'kebal'. Kebal menahan setiap dugaan semenjak bermulanya perkahwinan kita.

Terima kasih Allah atas ujian ini yang mengajar aku erti bersabar, ikhlas dan redha. Terima kasih Allah kerana mendengar rintihan hati ini. Sungguh Allah sebaik-baik pelindung. Sungguh Allah sebaik-baik tempat kita menyerah. Aku tak gentar dengan setiap halangan yang datang kerana aku tahu Allah bersamaku.

Ingatlah wahai para suami, doa orang yang teraniaya, doanya makbul tanpa hijab. Jadikan ceritaku ini sebagai pengajaran untuk kamu semua wahai 'Kaum Adam'. Aku amat gentar dengan dunia sekarang. Apa yang kaum lelaki mahukan dalam sebuah perkahwinan? Redha Allah atau kerana nafsu? Jika wanita yang kamu kahwini kamu niatkan kerana Allah, mana mungkin kamu selemah itu wahai kaum lelaki. Mana mungkin kamu akan terjerumus ke lembah yang sama berulang kali, tidak mengambil pengajaran atau sengaja lalai? Tanya diri kamu wahai 'Kaum Adam'. Kamu diciptakan untuk melengkapi wanita, membimbing wanita ke jalan syurga. Apa kamu sudah lupa janji kamu pada Allah?

Untuk 'Kaum Adam' yang baru berjinak-jinak untuk scandal, jika tiada niat anda untuk bernikah lagi, hentikanlah. Aku tahu ramai lelaki di luar sana hanya berseronok untuk scandal berbanding dengan bernikah lagi kerana takut dengan komitment. Gaji tak sebesar mana, anak ramai, mana mungkin cukup menampung sara hidup dua isteri dan keluarga, betul? Tapi dek kerana ego dan keinginan, kamu lupa siapa diri kamu, lupa siapa isteri kamu yang kamu gila-gilakan dulu masa hangatnya bercinta, lupa siapa yang bersusah payah melahirkan zuriat untuk kamu.

Fikirkanlah sebaik-baiknya, sebelum melakukan sesuatu perkara kerana dalam keadaan akhir zaman sekarang ini, lebih ramai wanita menjadi penggoda. Tak kira isteri orang apatah lagi yang dara. Jika niat untuk berkahwin, Alhamdulillah. Tetapi jika terjerumus ke lembah maksiat, nauzubullahhiminzalik. Fikirkanlah.

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Random Entri

Arkib

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||

p.c

p.a

item