'ELAKKAN MAKAN DI KAWASAN KLCC, JLN AMPANG & JLN TUN RAZAK!'


PUTRAJAYA - Tersebar sebuah mesej yang menasihatkan orang awam agar tidak menjamah sebarang makanan di kawasan KLCC, Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak.

Ini berikutan peningkatan kes demam kepialu telah mula viral di sekitar Kuala Lumpur di mana sebanyak 7 kes demam kepialu yang melibatkan buruh binaan yang tinggal di Cheras dan bekerja berdekatan dengan pusat bandar.
"Just been told by a Gastroenterologist that there is a typhoid outbreak in KL. The bug strains is Bangladeshi. Please be careful about eating out. This is not a joke friend. And not a copy paste from somewhere. This is confirm by my friend is a doctor with Kementerian Kesihatan. Dia kata, "The Publich Health Dept advise to avoid eating at KLCC, Jalan Ampang, Jalan Tun Razak area untul they find the source," katanya yang turut menyertakan sekali kenyataan terbaru dari Ketua Pengarah Kesihatan (KPK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Memetik kenyataan dari blog KPK Dr Noor Hisham Abdullah, semalam, KKM telah menerima 7 kes demam kepialu sejak minggu pertama bulan Ogos 2015, yang melibatkan 7 buruh binaan. 

"Seramai 2 daripada 10 kontak yang diperiksa mendapati positif ujian dan mereka telah diberikan rawatan. 

"Semenjak itu, beberapa lagi kes telah dinotifikasikan dari beberapa buah hospital kerajaan dan swasta di Kuala Lumpur. Sehingga 18 Oktober, jumlah kes terkumpul adalah sebanyak 32 kes. 

"Daerah Titiwangsa mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes, Kepong (8), Lembah Pantai (4), dan Cheras (4). Namun tiada kematian yang dilaporkan," katanya. 



Menurut beliau, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga sedang menjalankan siasatan di lapangan bagi mengetahui punca jangkitan yang menyebabkan demam kepialu berlaku.

"Tifoid atau demam kepialu adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhii yang mencemari makanan atau minuman. Seseorang yang dijangkiti akan mengalami gejala di antara satu hingga tiga minggu selepas mengambil makanan atau minuman yang tercemar. 

"Gejala utama adalah keletihan, demam, sakit perut, sembelit dan sakit kepala. Pesakit juga boleh mengalami cirit-birit dan muntah. Jika tidak dirawat, gejala tersebut boleh berterusan sehingga beberapa minggu dan menyebabkan komplikasi seperti pendarahan dan kebocoran saluran penghadaman, radang otak, psikosis dan sebagainya," katanya.

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Random Entri

Arkib

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||

p.c

p.a

item