'1ST TIME GI KERJA NAIK MOTOR. JIMAT GILER!'
http://beritapadu.blogspot.com/2015/10/1st-time-gi-kerja-naik-motor-jimat-giler.html
Gambar kiri sekadar hiasan |
Tips Kewangan, Jimat Cermat Dengan Kenderaan
Amaran keras! Ini hanyalah tips biasa-biasa untuk golongan berpendapatan rendah seperti saya.
1. PANDAI BEZAKAN KEHENDAK ATAU KEPERLUAN
Contoh paling mudah, kenderaan pergi balik kerja. Beli kereta Honda City ke, Perodua Myvi? Nak cantik-cantik, handsome-handsome belilah Honda City. Kawan kiri kanan pun puji siap up, 'Mesti kaya mamat/minat ni,".
Padahal kalau nak diikutkan guna Myvi secondhand pun sudah memadai. Ambil spec yang paling rendah. Bayaran bulanan, murah saja. Tapi kena ada tapi, "nanti orang kata".
Myvi - 9 tahun. Bulanan RM500.
Honda City - 9 tahun. Bulanan RM800.
"Bezanya RM300 saja. Baik kau beli Honda City," kata kawan sebelah.
9 tahun, bolehlah. Kalau baru kahwin tu, habis bayar installment, anak pun dah start sekolah rendah.
RM300 nampak macam sikit. Tetapi cuba kita main kira-kira sikit.
RM300 x 12 bulan x 9 tahun = RM32,400
Belum kira kalau simpan dalam ASB/TH compaunded interest.
Rasanya apa yang anda boleh beli jika ada wang tunai sebanyak itu? Jawapan anda? Down payment kereta Honda kan? Haha!
RM32,000 boleh beli rumah flat (lelong) dan boleh disewakan dengan kadar RM200 ke atas sebulan. Atau extra RM300 guna untuk bayar bulanan beli rumah flat dengan harga RM60,000 yang boleh disewakan RM400 ke atas. Rumah dapat, lebihan aliran positif tunai pun dapat.
Kalau orang tanya saya, nak beli Perodua Myvi atau Honda City? Dua-dua tak nak beli. Alasan saya, "tiada kepentingan" kerana saya sudah ada Perodua Kancil 850.
Dulu semasa belajar di UiTM Dungun, Terengganu, larat saja dari KL - Dungun - KL.
Untuk memaksimakan simpanan, harus ada pengorbanan.
- Buang nafsu sikit.
- Ikat perut, biar nampak sengkek.
- Buang perkataan "Nanti orang kata apa," sebab bila anda tiada duit dan ada tunggakan bulanan pinjaman, belum tentu "nanti orang kata" itu akan membantu anda.
- Pasang target. Berapa total yang anda mahu ada di dalam simpanan dan dalam tempoh berapa lama untuk capai target.
- Boleh membezakan keperluan dan kehendak.
Kisah saya sebelum downgrade Perodua Kancil kepada Honda Wave.
Naik Perodua Kancil 850 ke tempat kerja.
1. Keluar rumah jam 7:00 pagi. Sampai pejabat dalam jam 8:30 pagi. Adalah satu jam 30 minit. Balik kerja lagi parah, biasalah jalan jem.
2. Tol, hari-hari menghadap tol. Kos dalam RM6.00 satu hari.
3. Parking RM6.00 sehari
4. Petrol biasanya RM10.00 sehari (average).
Bila saya membuat pengiraan;
RM6.00 + RM6.00 + RM10.00 = RM22 sehari untuk kos kenderaan.
Bulanan RM22 x 20 hari = RM440 sebulan
Tahunan RM440 x 12 bulan = RM5,280 setahun.
Jadi, saya mengambil langkah untuk mengurangkan kos dengan downgrade kepada motor. Tetapi mengambil kiraan 6 bulan kos kenderaan.
RM440 x 6 bulan = RM2,640
Ini saja harga motor saya boleh beli. Buat research sikit, dapat beli Honda Wave. Cash RM2,400 OTR. Dalam masa 6 bulan dah cover saving yang saya guna untuk beli motosikal cash. Ulang balik kerja, petrol baru RM2.00. Jadi saya berjaya jimat lebih kurang RM400 sebulan setelah downgrade dari Perodua Kancil kepada motosikal Honda Wave.
Anda bagaimana? Tepuk dada tanya selera.