'4 KALI VAN PUTIH LALU DEPAN RUMAH PENGASUH CARI BUDAK UNTUK DICULIK'


Pada 15 Oktober 2015, jam 5 petang, sebuah van putih dalam keadaan mencurigakan lalu lalang depan rumah pengasuh anak saya di Taman Pelangi Sentul. 

Van itu lalu lalang sebanyak tiga kali. Pada masa itu, ada beberapa orang kanak-kanak termasuk anak saya sedang bermain di halaman rumah. Kali ke-empat, lalu van itu berhenti di rumah pengasuh kononnya sedang membuat panggilan telefon tanpa menyedari pengasuh yang kebetulan berada di halaman rumah.

Tidak lama kemudian, sebuah Toyota Alphard berwarna putih juga lalu di depan rumah dengan pemandunya bercakap di telefon. Melihat keadaan yang mencurigakan, pengasuh segera mengunci pagar dan membawa budak-budak masuk ke dalam. 

Pemandu van yang menyedari pengasuh perasan dengan kehadirannya di situ beredar pergi. Situasi ini sama seperti kes-kes yang lain di mana sebuah van putih akan berlegar-legar di kawasan perumahan dan mencari sasarannya sebelum dimaklumkan kepada pemandu Alphard.

Pada 19 Oktober 2015 pula, van putih kelihat berlegar-legar di sekitar Taman Pelangi dan di hujung jalan Taman Pelangi. Pemandu van itu dilihat sedang bercakap dengan seorang penunggang motosikal. 

Tidak lama kemudian, berlaku kejadian pecah rumah di Jalan 10 Taman Pelangi. Van putih berhenti depan rumah seolah-olah mahu memastikan line clear, membuat panggailan telefon. Tidak lama kemudian sebuah motosikal memecah masuk rumah dan menrompak. Tuan rumah pada ketika itu sedang bersembahyang di dalam bilik. 

Hari ini 20 Oktober 2015, van putih tiba-tiba berhenti di depan rumah pengasuh anak saya lebih kurang 2 jam. Selepas kejadian 15 Oktober, pengasuh memang kunci pagar rumah. Tetapi kebetulan ada orang hantar barang hari ini, pengasuh pun kebetulan mahu keluar dan pagar tidak dikunci. 

Tiba-tiba saja van itu berhenti di depan rumah pengasuh. Kebetulan suami saya sampai untuk mengambil anak-anak. Melihat suami mengambil gambar dan merekod nombor pendaftaran kenderaan van tersebut, WKE5208

Jiran pengasuh telah mengambil gambar itu dari suaminya dan akan membuat laporan polis  berhubung perkara itu. 

Rakan-rakan Facebook,  sila berhati-hati dan ambil tindakan pencegahan. Doakan keselamatan anak-anak kita, anak jagaan pengasuh dan seluruh penduduk Taman Pelangoi, Sentul.

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Random Entri

Arkib

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||

p.c

p.a

item