Fynn Jamal Akui Kurang Keyakinan Diri, Nafi Sombong
http://beritapadu.blogspot.com/2015/10/fynn-jamal-akui-kurang-keyakinan-diri.html
Pernah dikatakan sombong dan dilabel diva kerana tidak menerima pelawaan sesi fotografi pihak media, Fynn Jamal menyatakan bahawa perkara tersebut sebenarnya adalah di atas sikapnya sendiri yang kurang keyakinan diri.
“Saya pernah dihina disebabkan fizikal saya yang gemuk ketika zaman persekolahan. Perkara itu membuatkan saya tidak mempunyai keyakinan diri. Malah sehingga sekarang, saya tidak pernah selesa dengan diri saya. Saya juga benci melihat muka saya sendiri. Disebabkan itu, saya tidak suka mengambil gambar secara selfie”
“Kurang keyakinan diri merupakan antara sebab saya menolak pelawaan pihak media yang ingin membuat sesi temubual bersama saya. Saya sedar memang tidak bagus bila tiada keyakinan diri. Pada mulanya, saya fikir bila saya menolak, perkara ini akan menjejaskan serta memberi kesan terhadap karier saya”
“Saya risau orang akan fikir saya sombong, namun Alhamdulillah, bila sudah berjumpa secara depan mereka mula tahu yang sebenarnya saya tidak sebegitu,” katanya kepada Tonton Extramenjelaskan perkara sebenar yang disalah anggap sebelum ini.