'MEREKA (PENYAMUN) SASAR RUMAH BERPENGHUNI & PAGAR TERBUKA'


Siapa yang duduk di area Seremban, Senawang dan kawasan yang berhampiran dengannya sila berhati-hati. Kami baru lepas kena samun. Polis meminta orang ramai berjaga-jaga kerana penyamun yang sama baru saja menyamun mangsa seterusnya di area Taman Tasik. 

Kami masih trauma. Harap doakan adik ipar kami yang cedera ditetak selamat. Dugaan di hari Jumaat.

"Hari ini kau (penyamun) buat family orang menangis. Esok lusa mesti ada balasannya. Tak apa, tuhan akan bayar balasannya dua kali ganda pada setiap titisan air mata dua orang ibu. Sebab bila cuci darah abang sendiri," luah adik mangsa, Iera Nazieyra

Penyamun bermotosikal. Dua orang dengan 4 bilah pisau rambo. Mereka meluru dan terus menyerang. Adik ipar kami bergadai nyawa demi kami tadi. Sedih. Kami doakan Wan cepat sihat.




Menurut pihak polis, suspek yang sama dengan modus operandi yang sama bertindak menyamun mangsa mereka secara rawak. Rumah yang ada orang dengan pintu pagarnya terbuka dilihat berpotensi untuk diserang dan disamun. 

Apa yang kami takut adalah mereka mengugut akan datang semula. Saya dengar percakapan mereka dengan jelas, memang dialek Melayu. Badan sederhana besar, berkulit gelap, menaiki motosikal Yamaha 125 dan memakai helmet gelap.

Sebelum kami disamun, suspek telah menyerang mangsanya di Mantin. kemudian kami dan seterusnya di Taman Tasik. Menurut polis, dalam beberapa jam sahaja mereka telah menyerang 4 mangsa. Suspek masih diburu polis. Jadi sila berhati-hati kepada semua tidak kira di mana pun kita. - Camar Putih

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Random Entri

Arkib

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||

p.c

p.a

item