Al-Fatihah..inalillah. salam takziah kepada aaron aziz dengan berita yang sangat menyedihkan semua



Aaron Aziz Terkena Jangkitan Paru Paru, Keadaan Beransur Pulih


Selepas mengalami demam panas sejak Jumaat lalu, kini Aaron Aziz ditahan di hospital dan disahkan disahkan menghidap pneumonia atau jangkitan paru-paru.
Memetik laporan daripada Harian Metro, Aaron telah ditahan di hospital di sini pada pagi Selasa lalu. Apa pun, doktor dalam masa yang sama mengesahkan pelakon tersebut bebas dari sebarang penyakit lain selepas menjalani ujian imbasan x-ray.
“Walaupun demam, suami masih meneruskan penggambaran. Kemudian dia menyambung satu lagi penggambaran di Singapura pada Ahad lalu. Selepas melihat keadaannya yang semakin teruk, saya membawanya berjumpa doktor di sana”
“Ketika itu suhu badannya mencecah 39 darjah Celsius. Jadi, kami terus pulang ke Kuala Lumpur. Insya Allah, jika keadaan suami beransur pulih, dia dibenarkan keluar hari ini,” kata isteri Aaron, Diyana Halik.
Sementara itu, berita palsu mengenai kematian pelakon itu juga cepat tersebar dan dinafikan pihak Aaron di laman Instagram. Tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita negatif sebegitu mendapat cemuhan daripada peminat setia Aaron. (rtky/s)

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Random Entri

Arkib

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||

p.c

p.a

item