Lelaki Terima Padah Selepas Menunjukkan Kemaluan Di Hadapan Rumah Siti Nurhaliza
http://beritapadu.blogspot.com/2015/10/lelaki-terima-padah-selepas-menunjukkan.html
KUALA LUMPUR: Gara-gara menunjukkan kemaluan di hadapan rumah penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, seorang lelaki dihukum penjara selama enam bulan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Majistret Ampang.
Tertuduh, Amiruddin Sulaiman, 49 didapati bersalah menunjukkan kemaluannya kepada pembantu rumah Siti Nurhaliza di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang pada jam 5 petang, pada Ahad lalu.
Amiruddin didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Amiruddin dipercayai pernah datang ke rumah artis itu beberapa kali atas tujuan yang sama. -