Polis Evo Berjaya Kutip RM15 Juta & Masih Terus Ditayangkan Di Pawagam



Lama sudah sebenarnya industri perfileman kita ketandusan filem yang bagus dan ingin ditonton ramai. Kehadiran Polis Evo nyata memberi ransangan baru kepada dunia hiburan kita.
Selepas empat minggu berada di pawagam, Polis Evo telah berjaya menjadi filem Melayu dengan kutipan tiket tertinggi sebanyak RM15 juta menewaskan filem terdahulu, KL Gangster yang menjadi fenomena dengan kutipan hampir RM12 juta.
Berdasarkan sambutan hebat para penonton dan buah mulut orang ramai di media sosial, filem Polis Evo masih meneruskan tayangan di 91 buah pawagam seluruh Malaysia dan anda yang belum menonton, masih ada masa hujung minggu ini.
Polis Evo merupakan filem bergenre aksi dan memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Random Entri

Arkib

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||

p.c

p.a

item