PUNCA SEBENAR GADIS RAMBUT KARAT DIBELASAH

Gadis yang terlibat dalam video viral semalam. (foto dari ehmedia.org)

BACHOK - Semalam netizen digemparkan dengan video seorang gadis dipukul oleh dua gadis yang lain tanpa diketahui punca sebenar kejadian. 

Menurut maklumat awal, kejadian itu berlaku di Bachok, Kelantan. Pergaduhan itu dikatakan kerana mangsa yang juga seorang peniaga online telah menipu dua wanita terbabit menyebabkan mereka berang dan memukul mangsa. 

Bagaimanapun, tampil beberapa individu mendakwa mengetahui punca pergaduhan itu.

"Betina itu jealous sebab perempuan itu masih berhubung dengan bekas teman lelaki dia yang bernama Shahir itu. Jadi, nak salahkan siapa? Lelaki itu pun nak juga melayan dia lagi. Tetapi yang dipukulnya perempuan itu seorang saja. Lelaki itu tidak pula dia nak bantai sekali. Takut kena tinggal ke betina garik?" jelasnya yang mengakui mengenali mangsa pergaduhan itu. 

"Saya kenal budak perempuan yang kena pukul itu. Dia darah daging saya sendiri," katanya.



Menurut wanita itu, wanita yang berambut karat kuning itu adalah anak kepada seorang Datuk. 

"Datuk mana saya tidak pasti. Lama juga tidak berjumpa dengan anak buah saya itu, dah lama sangat sebab dia sebelum ini menetap di Turki. Balik semula ke sini, kenal dengan Shahir. Lepas itu mereka putus. Mereka berhubung semula, tengok-tengok Shahir sudah ada teman wanita yang lain. Itu yang menyebabkan betina itu mengamuk. Dengar kata ada yang sudah menyerahkan diri di balai polis dan semua sudah ditahan," katanya.

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Random Entri

Arkib

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||

p.c

p.a

item