Isu Gurau Kasar, Caliph Buskers Tidak Terasa Hati Dengan Nabil Ahmad



Tindakan bergurau kasar Nabil Ahmad terhadap kumpulan Caliph Buskers dalam satu rancangan televisyen baru-baru ini mengundang kritkan ramai namun bagi kumpulan tersebut, mereka sendiri bergurau lebih kasar daripada itu.

“Jujurnya, sedikit pun kami tak terasa dengan gurauan Nabil itu. Kami mengikuti program itu dan lawak dia memang menghiburkan. Apatah lagi setiap minggu kami berjumpa dengan Nabil di program Meletop dan kami sangat mengenali dia yang suka bergurau secara kasar”
“Ahli-ahli Caliph Buskers lain pun seronok dengan gurauan dia kerana kebanyakan orang melayan kami terlalu baik disebabkan kekurangan kami. Memang dari dulu lagi masyarakat begitu prihatin terhadap sensitiviti golongan OKU. Kami bersyukur dengan perkara itu”
“Tetapi kalau anda semua nak tahu, kami lebih suka jika kami dilayan seperti orang biasa. Kami suka bergurau, malah lebih kasar daripada Nabil lagi. Hahaha,” jelas Azmi selaku vokalis kumpulan tersebut kepada mStar Online.

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Random Entri

Arkib

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||

p.c

p.a

item