' PERNAH TAK RASA 'YA ALLAH, BANYAKNYA KERJA!!'
http://beritapadu.blogspot.com/2015/10/pernah-tak-rasa-ya-allah-banyaknya-kerja.html
Pernah tak anda rasa macam nak menjerit "Ya Allah, banyaknya kerja!!!". Sampai nak bernafas pun terasa payah. Ada hari yang kita boleh handle, tapi akan ada masa yang tiba-tiba rasa macam bateri dah 'kong'. Pernah tak lihat ikan dalam satu bekas dan bekas tu tak cukup air? Tercungap-cungap dia nak sedut udara. Macam itulah rasanya kan?
Hari ini saya ingin kongsikan satu cerita yang pada saya satu keajaiban telah berlaku. Pagi tadi saya ada kuliah. Sebenarnya dari pagi saya sudah sibuk dengan kerja-kerja yang berderet. Habis saja kuliah pada jam 1 tengahari, ya Allah penatnya rasanya. Macam baru lepas berjogging dari pagi, hilang semua tenaga.
Masuk office, mula-mula ingat nak 'take a nap' 15 minit. Tapi selang 5 minit saya dah terbangun. Cuba sambung lelap tapi otak ligat teringatkan banyaknya kerja yang perlu dibuat. Bayangkan, mengingatkannya saja sudah buat otak terasa penat. Sudahnya saya jadi macam ikan tadi. Tak cukup air dalam bekas sampai tercungap-cungap rasanya nak bernafas.
Dan ketika saya melakukannya beberapa kali, saya mula perasan sesuatu. Seolah-olah kepenatan yang saya rasakan tadi disedut keluar perlahan-lahan. Hinggalah pada satu waktu, ketika sujud tiba-tiba saya teringatkan satu ayat yang baru saya baca pagi tadi.
"Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Allah mengumpulkan mereka, (mereka merasa) seakan-akan tidak pernah berdiam (di dunia) kecuali sesaat saja pada siang hari, (pada waktu) mereka saling berkenalan. Sungguh rugi orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Allah, dan mereka tidak mendapat petunjuk." (Surah Yunus, ayat 45)
Sebenarnya saya tak ingat ayat ini secara exactly, tapi tang 'hidup ini hanya sesaat' tu memang saya teringat dan ia seolahnya membisikkan kepada hati saya 'This life is only for 1 second. For 1 second'
'So hold on...'
Ya Allah, tiba-tiba laju air mata mengalir. Saya menangis dalam sujud hingga basah karpet dek air mata hening yang mengalir. Saya menangis dan menangis, sebab saya rasa betapa baiknya Allah pada saya. Saat saya merasa begitu berat dengan tugasan yang menanti, He is always there to comfort me. He always know what I need the most and He knows how to provide it the best way. The best way. Subhanallah.
Saya merasa seperti seorang anak kecil yang baru cuba bertatih, tapi terjatuh hingga rasa nak menangis dan beratnya untuk bangun melangkah lagi. Tapi, tiba-tiba didatangi segera oleh ibunya dan dipeluk erat dan ibu itu berkata dengan penuh kasih sayang
"It's ok. sikit saje ya sayang. Kejap saje, Nanti lama-lama mesti pandai jalan,"
Saya menangis dan membiarkan air mata terus mengalir.
Ya Allah, sungguh Engkau Tuhan yang amat baik kepadaku. Sedang aku hambaMu yang selalu lalai dalam mengingatiMu. Aku sibuk dengan urusanku, hingga lupa untuk memujiMu. Tapi, Kau tidak pernah lupa untuk menyayangiku. Ya Allah, pimpinlah hambaMu yang lemah ini. Pimpinlah aku agar dapat aku terus mendaki tangga cintaMu. Hingga aku bertemu denganMu. Kerana aku ingin dipeluk olehMu'
Itulah luahan hati saya dan tiba-tiba terasa hilang segala bebanan yang dirasakan tadi. Hilang seperti 'kain' bebanan yang membalut tubuh, yang tiba-tiba hilang ditiup angin. Ya, semudah itu ia berlalu pergi. Subhanallah. Ajaibnya pertolongan Allah. Apa yang saya rasakan berat, Dia boleh hilangkan seperti kain yang ditiup angin lalu. Baiknya Allah pada kita, Dia dah bagi siap-siap kat kita cara macamana nak handle life.
Dulu, tang kecil lagi saya selalu fikir yang solat ialah satu tanggungjawab, satu kewajipan. Sibuk macam mana pun, solat itu wajib. Tapi rupanya, Tuhan buatkan untuk kita satu cara khas untuk bantu kita 'move forward happily' everyday: ketenangan, kebahagiaan, kedamaian, recharge tenaga, dapat ilham, dapat luahkan perasaan, dapat mengadu, dapat rasa disayangi, dapat mengaku salah, dapat meminta apa yang diingini, dapat memohon ampun sehingga merasa lega, dapat melahirkan rasa rindu, dapat mencurah rasa. Kita dapat semuanya. All at once. Hanya dengan satu cara yang sangat simple:
'SOLAT'
Subhanallah, terima kasih ya Allah. Sesungguhnya dengan memerintahkan kami bersolat, rupanya Kau memberi kami cara untuk mendapat apa yang didamba, hingga tidak perlu kami teraba-raba mencari jalan atau teknik yang lainnya. Best kan? Allah ciptakan kita, siap beritahu tips-tips, teknik, formula macamana nak hidup dengan bahagia. Teknik itu pula sangat terperinci. Detailed, one-by-one.
Bila saya kenang ayat-ayat dalam surah Al Fatihah yang kita baca dalam setiap rakaat, everytime I will be amazed how specific Allah beri kita teknik dan cara untuk berjaya dan bahagia. Siap tolong 'jadualkan' untuk kita supaya kita dah tak payah susah-susah fikir 'setting'nya. Subhanallah.
Takde apapun teknik lain, namakanlah apa saja, takkan ada yang boleh challenge apa yang Allah dah already beritahu kita. Subhanallah, baiknya Allah kat kita.
Semoga perkongsian kecil ini ada manfaatnya. Semoga, bila kita solat, ia bukan atas dasar kewajipan semata hingga yang ada hanya pergerakan yang cepat-cepat. Bacaan yang laju-laju. Asalkan siap, asalkan solat. Tetapi sebagai satu cara khas, istimewa, untuk kita 'bertemu' Allah, Empunya segala cinta, kebahagiaan dan kejayaan yang kita dambakan dalam hidup. Jika ia khas, maka ambillah masa. Hayati kata-kata yang diucapkan dari dalam hati. Bayangkan kita sedang berhadapan dengan yang Dicintai. Bukankah bila kita bersama kekasih hati, kita ingin lama-lama? Dan bukankah ia terasa begitu membahagiakan?
Untuk anak kita, ajarkan mereka dari kecil lagi..yang solat itu temujanji kita dengan Allah. Special moment. Yang kalau dia nak apa-apa, anak boleh luahkan kat Allah waktu tu. Sweet, kan? Nanti, jangan terkejut kalau anak suka solat.