KATA-KATA EMMA BILA TAHU ZIZAN AKAN BERKAHWIN
http://beritapadu.blogspot.com/2015/10/kata-kata-emma-bila-tahu-zizan-akan.html
Pelakon cantik Emma Maembong mengucapkan tahniah kepada bekas kekasihnya Zizan Razak dan bakal isteri.
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 23, berkata keputusan yang dilakukan Zizan mungkin yang terbaik buat dirinya.
Pelakon Isteri Separuh Masa itu turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Zizan membuat keputusan terburu-buru.
Malah, dia juga percaya Zizan cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri dan yang dirasakan terbaik buatnya.
“Soal jodoh saya fikir bukan kita yang menentukannya. Sama seperti orang lain, saya juga mahu sampaikan ucapan tahniah buat dia dan bakal isteri,” katanya.
Kenyataan yang diberikan Emma kepada Utusan Online itu sekaligus menolak desas-desus yang mengatakan dia bakal isteri Zizan.
Emma turut memberitahu, selepas hubungan cintanya dan Zizan berakhir pada hujung tahun lalu, dia tidak berhasrat untuk kembali semula sebagai kekasih pelawak popular itu.
“Maaf bukan saya wanita yang akan berkahwin dengan Zizan. Saya dengar juga dia akan berkahwin Jun ini dan sudah tentu saya gembira untuk dia,”ujarnya.
Zizan sebelum ini mengaku bakal berkahwin pada bulan Jun ini dengan gadis sekampung, tetapi enggan mendedahkan identiti bakal isterinya itu.