Fizz Fairuz Menceritakan Perkara Sebenar Isu "WeChat" Body You Mantop Gila
http://beritapadu.blogspot.com/2015/10/fizz-fairuz-menceritakan-perkara.html
Susulan tersebar gambar perbualan Fara Mendoza dengan seorang pelakon yang didakwa sebagai Fizz Fairuz, isterinya, Almy Nadia, memberikan respon yang tenang dan meminta semua pihak agar menyelidik perkara itu terlebih dahulu.
Berkata kepada Berita Harian hari ini, Almy hanya tergelak apabila mendengar perkhabaran mengenai cerita itu.
"Saya hanya tergelak apabila membaca cerita itu. Saya nak buat apa setakat ini kerana selagi suami tidak menjelaskan perkara sebanar, saya tak boleh beri komen lebih," katanya.
Jelasnya, masyarakat tidak boleh terlalu cepat membuat kesimpulan dalam hal seperti ini kerana dalam era teknologi zaman ini, tiada mustahil apa yang terjadi itu sengaja dilakukan untuk menjatuhkan maruah atau menghancurkan rumahtangga orang lain.
"Selidiklah dulu, cari perempuan berkenaan dan tanyalah kepada sesiapa yang berkait rapat dengna isu ini termasuklah Fizz sendiri. Apa yang saya tahu ialah Fizz tengah tidur di rumah kerana keletihan menjalani penggambaran filem Hantu Rumah Sakit Jiwa arahan Micheal Ang," katanya.
Sementara itu, Fizz Fairuz pula mendakwa dia tidak mengenali wanita itu mahupun pernah berjumpa dengannya seperti yang didakwa.
Fizz Fairuz mengakui dia juga mempunyai akaun WeChat tetapi menafikan kenyataan di dalam gambar perbualan itu adalah dirinya.
"Saya memang tidak ada kena mengena dan jauh sekali mengenali Fara Mendoza. Cerita dia memang tidak munasabah langsung. Saya tidak pasti apa motif dia berbuat begitu.
"Zaman sekarang memang siapa sahaja boleh mewujudkan akaun aplikasi sosial palsu. Kalau dulu saya memang jahat dan nakal tetapi dengan status terkini, usah cuba memporak-perandakan hidup saya.
"Kalau saya nak buat jahat, sudah lama saya lakukan. Tapi niat saya berkawan itu adalah perkara normal. Mulut saya snediri ramai yang orang tahu jenis cakap lepas dan jahat. Saya sudah ada isteri dan anak, tak payahlah kot nak mereka cerita seperti ini.
"Saya juga tidak kisah orang nak kata dan pandang apa kepada saya. Memang ada yang tak kena mengena pun cuba nak mewujudkan unsur provokasi bukan-bukan apabila timbul isu seperti ini.
"Tiada gunanya saya berlawan dengan orang yang hanya tahu mencari salah dan menjatuhkan hukuman sesuka hati. Lantaklah nak kata apa. Saya cakap ya atau tidak pun pasti akan ada yang kata saya sebaliknya. Kalau saya buat salah, tak mungkin saya akan sewenang-wenangnya angkat panggilan telefon wartawan. Jadi, tiada apa yang saya mahu sembunyikan," katanya.