Akhirnya Idris Khan Buat Pendedahan Isu Video Lucah
http://beritapadu.blogspot.com/2015/10/akhirnya-idris-khan-buat-pendedahan-isu.html
Turut terpalit dengan kontroversi isu video lucah bersama Ammar Alfian dan juga Atikah Suhaime, pelakon baru Idris Khan menjelaskan bahawa khabar angin yang kencang bertiup kini sebagai sesuatu yang merepek dan menyifatkannya sebagai dugaan dalam dunia hiburan.
“Cerita tentang video lucah itu merepek dan kalau ia benar wujud saya pun nak tengok kesahihannya sebagai bukti. Setakat ini, ia hanya fitnah sahaja dan orang yang kenal saya termasuk keluarga dan rakan-rakan terdekat tahu saya seorang yang bagaimana”
“Kalau saya melatah dan marah dengan orang yang buat cerita pun tiada guna juga, biar orang nak cakap apa. Ibu saya juga ada bertanya hal ini dan menasihatkan saya agar tidak mudah melatah jika ia tidak benar”
“Saya bersyukur kerana kontroversi ini tidak pun menjejaskan tawaran-tawaran drama saya terima di beberapa stesen televisyen,” katanya kepada mStar Online.
Jika tidak benar, tidak mengapalah. Penjelasan sebegini harapnya dapat memberi jawapan kepada peminat dan harapnya Idris tenanglah dalam menghadapi perkara ini. Janganlah kontroversi saja lebih, lakonan entah ke mana nanti.