WANITA DITAHAN DALAM KAPAL TERBANG KERANA BERKELAKUAN LUCAH






SEORANG wanita warga British ditahan kerana dipercayai mabuk di dalam pesawat selepas bertindak menanggalkan pakaian malah melakukan 'aksi lucah' dalam penerbangan British Airways dari Jamaica ke London.

Portal berita mirror.co.uk melaporkan wanita berusia 46 tahun dari barat daya London itu dibawa keluar sebaik sahaja penerbangan tersebut mendarat di Lapangan Terbang Gatwick, London pada 19 Mac lalu dari Kingston, Jamaica.

Dia didakwa kerana membuat gangguan di dalam pesawat itu selain berkelakuan tidak senonoh.

Wanita itu kemudiannya menjadi perhatian polis kerana mabuk di dalam pesawat.

British Airways bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu tetapi mengesahkan pihak polis dipanggil berhubung kejadian berkaitan penerbangan berkenaan.

Seorang jurucakap berkata: "Kami boleh mengesahkan polis diminta untuk datang bertugas terhadap penerbangan kami dari Kingston."

Satu tinjauan yang dikeluarkan tahun lalu menunjukkan seorang daripada tujuh pelancong warga British mengakui mabuk di dalam pesawat semasa menaiki penerbangan untuk bercuti.

Hampir satu pertiga daripada mereka berkata telah mengambil minum beralkohol itu untuk menenangkan diri kerana gemuruh menaiki penerbangan. - mirror.co.uk

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Random Entri

Arkib

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||

p.c

p.a

item