MIA AHMAD MENJADI DALANG MEROSAKKAN HUBUNGAN SYARUL RIDZWAN DAN KEKASIH!

Dahulu Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan boleh dikatakan agak rapat dan sering meluangkan masa bersama di luar set penggambaran. Namun, hubungan mereka berdua itu mula renggang apabila ada gosip yang mengatakan mereka sebenarnya sudah putus cinta.
Lebih menghangatkan keadaan, katanya kehadiran seorang pelakon baharu iaitu Mira Filzah merupakan punca hubungan istimewa Mia dan Syarul retak di tengah jalan.
Walaubagaimanapun, Mia menerusi BH ONLINE menjelaskan hubungan mereka masih lagi baik dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa mereka sedang bercinta. Malah, Mia juga memberitahu beliau tidak pernah mengenali Mira secara peribadi.
Saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan dan mengatakan kami menjalinkan hubungan cinta. Kami masih lagi rapat dan berkomunikasi seperti dulu. Malah, kami baru saja tampil menjayakan sebuah majlis bersama-sama beberapa hari lalu.
Kekangan masa menjadi punca kami tidak dapat meluangkan banyak masa bersama. Jadual kami yang padat membuatkan kami sukar untuk berjumpa kerana apabila dia ‘shooting’, saya lapang dan begitulah sebaliknya.
Secara peribadi saya tidak mengenali Mira Filzah tetapi tahu bahawa dia adalah seorang pelakon baru yang sedang meningkat.
Pada anda yang tidak mengenali Mira, beliau mula popular selepas kemunculannya dengan memakai uniform penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk drama Din Sardin  yang ditayangkan di TV9 sekitar bulan Ogos lalu menjadi viral di internet. Mira juga pernah berlakon didalam drama Eksperimen Cinta dan memulakan kerjaya  dalam bidang seni sebagai seorang model.
Erm, kalau bab percintaan ini memang agak complicated, tetapi tidak semestinya Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan kena bercinta atas permintaan peminat? Biarlah masing-masing mencari pasangan sendiri.

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Random Entri

Arkib

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||

p.c

p.a

item