Ezany Nizariff Bertemu Janda Berstatus Datin Paduka



Hanya mahu kekasih baru yang dikenali sebagai Datin Paduka K, pelakon Ezany Nizariff mengakui bahawa dirinya mendambakan seorang isteri untuk menjaganya serta menguruskan rumah tangga dan anak-anak.


“Saya perlu akur bahawa saya memerlukan seorang isteri di sisi untuk menjaga saya, menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Alhamdulillah saya ada jumpa seseorang yang berfikiran matang dan memahami saya”
“Dia seorang janda yang mempunyai gelaran Datin Paduka. Saya gelarkan dia Datin Paduka K saja,” jelas Ezany yang enggan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai wanita berkenaan kerana masih lagi dalam fasa perkenalan kepada portal mStar Online .
Sementara itu, mengenai penceraiannya, kes permohonan nusyuz (perintah kembali taat) terhadap isterinya Lizda Nuryanti Abidin, 32, masih lagi berjalan dan dia berharap perkara itu dapat selesai dengan segera. Malah ketika ini, Ezany sudah dapat menerima ketentuan bahawa mereka tiada jodoh.
“Saya sudah tidak berdendam dengannya lagi. Bagi saya, biarlah saya teruskan kehidupan tanpa mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin akan saya dapat. Saya pun sudah ada seseorang yang saya cintai”
“Jadi lebih baik kes (perceraian) diselesaikan dengan segera. Cuma itulah, sudah beberapa kali dia tidak hadir ke mahkamah dan saya pun susah untuk menjejakinya,” katanya lagi. Hebat juga penangan cinta ya, boleh ubah apa saja sekelip mata.

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Random Entri

Arkib

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||

p.c

p.a

item