Ayda Jebat Mendiamkan Diri Apabila Dia Membuat Lana Nordin Sentap


Pelakon, Lana Nodin terkilan apabila busana pengantin yang dipakainya pada hari persandingannya pada 15 Mei lalu diguna pakai oleh Ayda Jebat, baru-baru ini untuk menjayakan rakaman iklan program Juara Perodi, yang akan disiarkan di Astro.

“Sebaik melihat sendiri gambar yang dimuat naik Ayda dalam laman sosial Instagramnya, saya tertanya-tanya bagaimana baju itu boleh dipakai Aida untuk menjalani penggambaran iklan. Cuma saya hairan mengapa apabila peminat mengaitkan baju itu dengan majlis perkahwinan saya, dia terus memadam komen terbabit. Perkara itu juga membuatkan saya berasa kecil hati.

“Kalau benar Ayda mahu menggayakan baju itu kerana menyukainya, seharusnya dia mengakui di laman sosial miliknya apabila orang mula bercakap dan menyatakan ia pakaian pengantin Lana Nodin. Saya tidak akan menjadikan perkara ini sebagai satu isu jika baju yang dipakai itu adalah biasa, sebaliknya pakaian itu digayakan pada hari bersejarah dalam hidup saya,” katanya.

“Saya menghubungi pereka fesyen baju itu, Aitelia Amani dan difahamkan Ayda memang berminat mahu mengayakan baju itu untuk menjalani penggambaran program itu,” katanya.

Mengenai status baju itu, Lana mengatakan baju pengantinnya adalah ditaja dan kini berada dalam simpanan perekanya. Dalam kesempatan itu, Lana juga menjelaskan mengenai kekeliruan dalam kalangan orang ramai membabitkan kenyataan sponsor (tajaan) dan loan (pinjaman).

“Sewaktu baju saya dihasilkan Aitelia Amani, mereka menyatakan persalinan pengantin kami ditaja. Kalau hendak diikutkan, maksudnya akan diberikan kepada saya dan suami selepas majlis selesai.

“Bagaimanapun, mereka hanya meminjamkan kepada kami dan perlu dikembalikan selepas selesai majlis. Begitupun, saya tetap berterima kasih dan sebagai pereka fesyen menghasilkan busana yang cantik di hari bersejarah kami, pastinya dia mahu pakaian mewah itu dipamerkan di butik pengantin miliknya untuk tatapan umum.

“Kalau ada pun yang mahu memakainya, sudah tentu dia akan menghasilkan sekali lagi pakaian itu mengikut potongan sama tetapi dengan corak berbeza. Tetapi ia tidak berlaku sebaliknya diberikan untuk digayakan Ayda Jebat begitu saja,” katanya.

Tegas Lana, sebagai pereka pastinya ada cara untuk Aitelia Amani memberi pinjam baju itu. Sebaiknya dia menghasilkan satu lagi baju khas berinspirasikan baju pengantinnya itu untuk digayakan Ayda.

“Cara itu lebih baik dan pastinya Ayda berasakan dirinya lebih dihargai kerana pereka fesyen itu sanggup menghasilkan sesuatu yang sangat istimewa untuknya dan bukan memakai baju yang pernah dipakai oleh artis lain,” katanya.

Tegas Lana, dia menjadi begitu sensitif apabila pakaian pengantinnya diberikan kepada Ayda dan dipakai semata-mata untuk menjayakan iklan program televisyen kerana dia sangat menyayangi busana mewah itu. Tambah pula dia turut berusaha mencari kain yang sesuai untuk dijadikan baju terbabit dan digayakan pada hari persandingan.

Sementara itu, Ayda ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu dan memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu memanjangkan isu itu. - mStar Online

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Random Entri

Arkib

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||

p.c

p.a

item