Profesor Kagum Kebolehan Nazim Othman Berbahasa Korea

Nazim Othman sememangnya diketahui meminati filem, drama dan muzik dari Korea Selatan. Malah, imej yang ditampilkan beliau boleh dikatakan menyamai penampilan pemuda-pemuda ‘exo’ yang mengganggotai kumpulan-kumpulan k-pop dari sana.
 photo 12224561_417448008455026_34182507_n.jpg
Gambar: Instagram Nazim Othman
Untuk sebuah drama terbarunya, Nazim telah memuat naik satu video adegan beliau berbahasa Korea di Instagram dan Twitter.
Sebenarnya kami tidak pasti apa tajuk drama tersebut tetapi dari komen Netizen, kami mendapat tahu bahawa drama tersebut ialah adaptasi dari novel ‘Kimchi Untuk Awak!’ di mana Nazim melakonkan watak seorang pemuda Korea bernama Kang Ye Jun. Nazim telah terbang ke Seoul untuk melakonkan babak-babak dalam drama ini. Khabarnya drama itu akan ditayangkan Januari tahun hadapan.


Arial, sans-serif; font-size: 12px; line-height: 18px; outline: 0px; padding: 0.8em 0px; vertical-align: baseline;"> Bagaimanapun, adegan Nazim berbahasa Korea itu juga mendapat kritikan seorang pengguna Twitter menggunakan tweethandle @nessaggrf yang mengatakan aksen Korea Nazim kedengaran ‘tidak semulajadi’ dan salah.



 photo 12243620_10208648722044072_1291905372_n.jpg
 Tweet itu telah dibalas oleh Nazim dengan menyatakan penyampaian dialognya dipantau oleh seorang profesor yang kagum dengan kebolehan Nazim menuturkan bahasa Korea.
Keseluruhan gosip ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Seorang lagi pengguna Twitter lain mempersoalkan tindakan Nazim tweet search nama sendiri, dan ia juga dibalas oleh Nazim.
 photo 12233138_10208648722244077_936799916_n.jpg
Penulis tweet asal yang mengkritik aksen Korea Nazim menyifatkan tindakan Nazim sebagai ‘biadap’.
 photo 12248721_10208648723244102_1279380390_n.jpg
Pada pendapat kami, sebagai seorang yang bukan pengucap natif bahasa Korea, ia satu percubaan yang baik. Kita bercakap lebih baik dalam bahasa Inggeris kerana kita mempelajarinya di sekolah. Untuk menguasai bahasa Korea, masa yang diambil haruslah bertahun supaya bila bercakap kedengaran seperti orang Korea.
Kumpulan k-pop JYJ (Jaejoong, Yoochun, Junsu) misalnya, mengambil masa selama enam tahun mengadakan konsert jelajah di seluruh Jepun barulah dapat bertutur dengan fasih dalam bahasa Jepun. Apa pendapat anda?



Nazim Othman Cakap Korea
Nazim Othman berlakon jadi pemuda Korea dalam drama terbaru.
Posted by BeautifulNara.com on Sunday, November 15, 2015

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Random Entri

Arkib

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||

p.c

p.a

item