Ini REAKSI Penyokong Tun M Di Atas SIASATAN Polis Terhadap Tun M Yang Buat Ramai Penyokongnya ‘BENGANG’ !!!

Ini REAKSI Penyokong Tun M Di Atas SIASATAN Polis Terhadap Tun M Yang Buat Ramai Penyokongnya ‘BENGANG’ !!!BANGI, Jumaat – Rata-rata nitizen mengecam tindakan polis menyoal siasat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.
Perkara tersebut diluahkan mereka di laman sosial Facebook hari ini dengan ‘hashtag’ #kamisayangtunselepas berita berhubung siasatan pegawai polis Bukit Aman terhadap Tun Dr Mahathir tersebar jam 11 pagi tadi.
Kebanyakan mereka ‘bengang’ dengan tindakan pihak polis yang menyoal siasat tokoh negarawan itu sebaliknya tidak mengambil kisah dengan ‘jenayah’ yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pemilik akaun Ibnu Sinar berkata, rakyat akan mengecam kerajaan sekiranya Tun Dr Mahathir dipenjarakan kerana beliau memiliki penyokong yang ramai.



“Jangan melampau sangat. Sekarang rakyat duduk diam lagi, jangan sampai rakyat buat huru-hara nanti. Kerajaan semakin melampau, suara rakyat langsung tak ambil peduli,” kata Al-Zahra Al Zahra.
“Kalau berani cubalah penjarakan Tun kalau nak tengok rakyat bangun memberontak,” tegas Joe Joe.
Bagaimanapun, ramai di antara pengguna laman sosial mendoakan Tun M supaya dilindungi daripada sebarang tindakan undang-undang dan terus memberi kata-kata semangat kepada beliau.
“My support for Tun is undivided. Moga Allah sentiasa lindungi Tun dan keluarga,” kata Anne Sue.
“Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Tun M. Berani kerana benar! Allahuakbar,” kata Amir Kamiran.
Tun M hari ini dilaporkan telah diambil keterangan oleh pasukan penyiasat Bukit Aman berkata, beliau menyerahkan segalanya kepada polis sama ada mahu menahannya atau tidak.

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Random Entri

Arkib

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||

p.c

p.a

item