KULIM – Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) menahan empat
remaja perempuan berusia antara 16 hingga 22 tahun kerana berpakaian
tidak senonoh di khalayak ramai di sebuah stesen minyak di sini,
kira-kira jam 2.45 pagi kelmarin.
Suspek yang dipercayai lari dari rumah sejak seminggu lalu.
Ketika ditahan, dua perempuan bersama seorang lelaki
berusia 20an dipercayai bekerja sebagai seorang pensyarah berkelakuan
mencurigakan dalam kereta jenis Perodua Viva yang diletakkan di tepi
stesen minyak terlibat.
Setelah pemeriksaan, pegawai penguatkuasa PADK membawa
kesemua terlibat ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan sebelum
menjalani ujian saringan air kencing di Bahagian Siasatan Jenayah
Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.
Dari pemeriksaan, salah seorang remaja perempuan
berusia 16 tahun itu sudah seminggu lari dari rumah dan tinggal bersama
temannya di Bukit Mertajam. Memandangkan suspek masih di bawah umur,
polis telah mengarahkannya menghubungi keluarga sebelum dibawa pulang ke
rumah.
Menurut suspek, dia mengaku pernah melakukan hubungan
seks bersama kekasihnya Ahad lalu ketika tidur bersama di ruang tamu
rumah rakan ditumpanginya.
Polis kemudiannya memaklumkan mengenai kejadian itu kepada waris.
Kerana tidak puas hati dengan kejadian berlaku, suspek
bersama ibu membuat laporan polis di Pulau Pinang dan kes ini akan
disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.