Lisa Surihani Terkilan Wajah Bayinya Dirakam Peminat Tanpa Kebenaran
http://beritapadu.blogspot.com/2015/11/lisa-surihani-terkilan-wajah-bayinya.html
Sebelum ini Lisa Surihani pernah menyuarakan bahawa dia enggan wajah anaknya didedahkan kepada umum buat masa ini kerana mahu anaknya membesar seperti kanak-kanak yang normal.
Bagaimanapun, gambar wajah anak Lisa dan Yusri telah diambil tanpa kebenaran oleh seorang peminatnya sewaktu mereka berada di sebuah pasaraya di baru-baru ini. Gambar itu juga telah disebarkan di media sosial dan menjadi viral.
Melalui HLive yang disiarkan Astro Awani, Lisa menyuarakan rasa terkilan gambar anaknya telah dicuri dan disebarkan. Dengan tenang dia menyatakan:
Saya tak nak komen terlalu panjang mengenai hal ini. Cuma, jika keadannya terbalik, sekiranya ada orang gambil gambar awak tanpa kebenaran awak, tanpa awak tahu kemudian dia letak di laman maya. Apa yang awak rasa? Awak rasa awak suka tak? Awak rasa awak okay ke? Itu saja yang boleh saya tanyakan. Adakah awak rasa itu sesuatu yang baik untuk dilakukan?Pada masa yang sama, saya rasa niat dia bukan jahat. Niat orang yang muat naik ke Twitter itu bukan jahat. Saya tahu dia tak jahat. Cuma kadang-kadang kita tak tahu batasan kita terhadap orang yang kita tak kenal secara peribadi. Perkara itu saya tak boleh nak kata apa, cuma prinsip hidup saya ialah, sebelum saya lakukan apa-apa terhadap seseorang, saya tanya diri saya balik.Kalau orang buat kat kita, kita okay ke tak?
Peminat yang berbuat demikian juga menyatakan dalam tweetnya yang gambar itu diambil secara sembunyi kerana takut dimarahi. Kami telah melihat gambar tersebut, namun begitu wajah Yahaira tidaklah begitu jelas.
Kenyataan Lisa mendapat pelbagai reaksi di laman sosial yang menganggap Lisa ‘poyo’ kerana memperbesarkan hal kecil. Namun ada juga yang menyokong Lisa dan berpendapat yang prinsip Lisa untuk tidak terlalu mendedahkan wajah Yahaira Leanne itu ialah haknya.
Macam-macam sekarang ni kan? Dedahkan salah, tak dedahkan pun salah. Anda rasa bagaimana?