Sekitar Majlis Pernikahan Syukri Yahaya! Cuba Korang Tengok Gambar ni Apa Yang Pelik! Siapa Yg Datang tu??
http://beritapadu.blogspot.com/2015/11/sekitar-majlis-pernikahan-syukri-yahaya_24.html
Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Shukri Yahaya dan juga isteri, Tya Adnan kerana telah selamat diijabkabul dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pasangan ini terlebih dahulu mengadakan majlis berinai yang bertemakan Bollywood malam sebelum hari pernikahan.
Sebelum ini, Shukri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia lebih selesa menggunakan duitnya sendiri untuk majlisnya selain tidak akan mendedahkan jumlah wang hantaran yang bakal diberikan kepada isterinya.
“Saya tidak menerima penajaan besar untuk majlis. Ada tapi untuk benda-benda kecil seperti goodies untuk tetamu. Kami lebih senang begini kerana saya lebih suka sesuatu yang ringkas dan menggunakan duit kami sepenuhnya sendiri,” jelasnya.