Kekasih Sharnaaz Ahmad Nafi Dirinya Syok Sendiri
http://beritapadu.blogspot.com/2015/11/kekasih-sharnaaz-ahmad-nafi-dirinya.html
Seringkali dilihat memuatnaik gambar bersama Sharnaaz Ahmad, kakak kepada pelakon Neelofa iaitu Noor Nabila menjelaskan bahawa dia bukanlah syok sendiri malah menyatakan bahawa hubungan yang terjalin antara mereka sejak lima bulan lalu adalah atas rasa ikhlas kedua-dua pihak. So sweet!
“Saya sedar bila saya muat naik gambar kami bersama ramai pengikut laman sosial menyifatkan saya hanya syok sendiri sedangkan hubungan istimewa yang terjalin antara kami adalah lahir secara ikhlas”
“Saya pernah beritahu dia kalau ada wartawan bertanya tentang hubungan ini, saya akan berterus terang dan tidak mahu orang beranggapan saya hanya syok sendiri,” jelasnya kepadamStar Online.
“Saya faham kenapa dia tidak mahu bercakap tentang hubungan kami kerana dia sudah serik dan tidak mahu jadi seperti hubungan sebelum ini. Sharnaaz tidak mahu keluarga menanggung malu kalau hubungan tersebut tidak menjadi”
“Dia dah berjumpa semua ahli keluarga saya termasuk nenek saya dan saya sudah berjumpa dengan ibu, bapa dan abang dia, namun belum ahli keluarga lain. Buat masa ini kami belum ada perancangan ke peringkat seterusnya, Insya-Allah kalau ada jodoh mungkin saya akan berjumpa seluruh keluarga dia,” kata Nabila.
Selain menafikan bahawa dirinya adalah orang ketiga yang menjadi punca Sharnaaz dan juga bekas kekasih, Anis Al Idrus berpisah, Nabila turut menceritakan bahawa Sharnaaz memang suka marah namun semuanya bersebab.
“Dia memang suka marah tapi dia marah bersebab, selalu dia marah kalau kekasih dia tidak ikut apa yang mahu contohnya dia mahu wanita yang berpakaian menutup aurat, sopan, dan kalau boleh bertudung. Dia akan marah kalau saya pakai baju singkat, tapi sebagai perempuan kalau dia marah kita terima dan cuba pujuk balik, tidak susah pun,” ujarnya.