Gambar Miera Liyana Seksi di Malam Gala ABP Rafflesia

Seksi itu satu elemen yang sangat subjektif. Seksi dari mata si tukang lihat akan ada satu tarikan. Pertama, mungkin akan rasa tertarik lalu suka dan kedua, rasa muak. Itu bergantung pada nafsu yang ada pada diri masing-masing.
Dalam pada bercakap pasal seksi ni, ada kelibat seorang pelakon wanita cantik menarik perhatian Budiey semasa hadir di Malam Gala ABP – Rafflesia yang diadakan semalam. Lenggok badan langsingnya persis model ternama. Wajah manis, kulihat dan ku renung, macam pernah jumpa sebelum ini. Ya, dialah Miera Liyana Kasmi yang pernah Budiey jumpa semasa Majlis Pelancaran Drama Luna Fantasiku, sebuah drama online arahan Aziz M. Osman sekitar tahun 2008 lalu. Dah 4 tahun bergelar pelakon, namun tak ramai yang kenal Miera.
Cuma sebelum ini ada terdengar juga pasal gosip tentang dirinya.
Dalam debaran menanti Apokalips serta kemasukan ke kolej, di hati Mira masih terselit pengharapan supaya kisah dirinya tidak berdisiplin disebabkan panggilan telefon serta SMS tidak berjawab dapat dikikis kerana sedikit sebanyak ia masih diperkatakan mereka yang tidak tahu hujung pangkal.
“Perkara itu sudah diselesaikan. Semuanya berlaku disebabkan salah faham kerana sebelum ini tiada masalah. Apa pun, setiap yang berlaku akan saya jadikan iktibar untuk lebih peka pada masa akan datang,” katanya lagi yang baru pulang dari Paris menyertai sebuah pertunjukan fesyen. – Berita Harian
Lama juga Budiey perhatikan gadis ini. Bukan hanya Budiey, malah boleh kata semua jurugambar yang ada di luar dewan. Hingga satu titik, semua biji mata tertumpu pada baju yang dipakainya. Wow, pasti ada biji mata tertojol. Fuh seksi ya amat.
Okay, hakikatnya, ramai yang tak kenal dengan Miera Liyana. Namun, percayalah, mulai malam ini, orang akan mengenali Miera Liyana. Secara tidak langsung, nama beliau akan popular.
Masih ingat lagi, pada masa itu, Miera Liyana berusia 15 tahun, wajahnya memang cun melecun, persis ratu dari Jepun. Kalau tak silap pengamatanku, dialah Miera Leyana. Ya, masa tu, Miera baru nak ambik PMR. Kalau tak silaplah. Ini gambar Miera Liyana masa tahun 2008.
Miera atau lebih mesra dengan panggilan Nana ini lahir pada 28 Ogos 1993 dan berasal dari Johor. Sekarang, Miera Liyana dah besar panjang dan sebelum ini pernah berlakon lebih 20 drama termasuklah drama Kamelia Katrina dan juga sebuah filem pertama Apokalips, filem Mamat Khalid yang sedang menunggu masa ditayangkan.
Rasanya, semasa majlis berlangsung, Portal GUA terlebih dulu meletakkan gambar di Facebook dan Twitter diikuti oleh blogger lain.
Ada Apa Dengan Miera Liyana?
GUA dahulukan dengan ucapan maaf. Bukan sengaja nak cetus kontroversi tapi bila dah kat depan mata, terbeliak jugalah biji mata GUA ni.
Saat ditanya, tidakkah dia bimbang pakaiannya malam ini akan mencetuskan kontroversi, Miera Liyana, pelakon drama Kamelia Katrina memberitahu wartawan Galaksi, “Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan.”
Kalau korang nak dengar penjelasan lebih Miera, jangan lupa tonton Galaksi minggu depan di TV9, 9 malam.
miera-liyana
Dan ini pula gambar Miera Liyana memakai pakaian rekaan dari Wan Huzairil dari sudut yang sisi yang berbeza. Ironiknya, satu lagi baju rekaan Wan Huzairil yang dipakai oleh pelakon Faralyna, nampak lebih sopan dari yang dipakai oleh Miera.
Apabila ditanya tentang pakaian, Miera mengatakan beliau memilih baju tersebut untuk mendapat kelainan. Nampak pun sikit aje. Jawapan itu juga akan menimbulkan kontroversi. Sangat subjektif dan akan memberi fahaman yang sangat berbeza oleh pembaca.
Jadi, tak hairanlah lepas ini, filem Apokalips akan meletop! Kebaboom!
Miera Liyana
Miera Liyana
Miera Liyana

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Random Entri

Arkib

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||

p.c

p.a

item