Jaclyn Victor, Suami Tidak Mahu Anak Dibesarkan Di Amerika Syarikat



Tidak mahu anak mereka dibesarkan di dalam budaya Amerika Syarikat, Jaclyn Victor dan suami mengambil keputusan untuk terus menetap dan membesarkan anak di Malaysia.

“Shawn sangat tertarik dengan rakyat Malaysia yang masih berpegang kuat kepada budaya dan nilai murni berbanding di negara asalnya yang lebih bersifat terbuka. Atas sebab itu juga suami saya mahu terus menetap di Malaysia dan membesarkan anak kami di negara ini”
“Saya tidak mahu manjakan dia dengan menyediakan segala-galanya apa yang dia inginkan kerana itu hanya akan merosakkan dirinya di kemudian hari. Malah suami juga bersetuju dengan perkara itu dan berharap dia dapat membesar menjadi seorang yang berdikari dan rendah diri,” jelasnya kepada mStar Online.
Semoga segala perancangan Jaclyn Victor dan juga suami akan dipermudahkan. Didikan yang baik daripada ibu bapa adalah penting demi kelangsungan masa depan anak mereka nanti.

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Random Entri

Arkib

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||

p.c

p.a

item