Pantai Bogel Pertama Afrika Selatan Dapat Sambutan Ramai
http://beritapadu.blogspot.com/2015/12/pantai-bogel-pertama-afrika-selatan.html
Pantai Bogel Pertama Afrika Selatan Dapat Sambutan Ramai
JOHANNESBURG – Setelah ditunda hampir sebulan, akhirnya Afrika Selatan membenarkan golongan naturist atau pebogel sama ada tempatan dan antarabangsa bebas bertelanjang bulat di sebuah pantai awam dekat Durban.
Pemerintah pada Ahad mewartakan pantai Mpejati Nature Reserves sepanjang 250 meter sebagai kawasan bebas bogel pertama negara itu untuk kelompok tersebut tidak memakai apa-apa pakaian di tubuh badan mereka.
Sebenarnya di negara penghujung benua Afrika itu, memang terdapat beberapa lagi pantai bogel tidak rasmi seperti yang paling popular Sandy Bay di Cape Town, namun usaha pihak berkuasa wilayah Kwazulu Natal jelas amat signifikan.
Awal bulan lalu sempena perayaan keagamaan penganut Kristian iaitu Easter, Mpejati yang memang dikenali sebagai pantai bogel secara tidak rasmi sejak 20 tahun itu dibuka khas untuk si bogel tidak kira tua atau muda.
Malangnya, kumpulan tempatan dikenali sebagai Concerned Citizens Group membuat kecoh menyebabkan pihak polis menahan ratusan pebogel apabila undang-undang kecil tempatan disahkan belum meluluskan pantai bogel itu.
Ini menyebabkan majlis perbandaran Hibiscus Coast segera mengubah acara pelancaran pantai telanjang itu sebagai pembukaan tidak rasmi untuk tempoh percubaan kepada penduduk dan pelancong luar bagi membiasakan diri.
Polis daerah Margate turut membebaskan kesemua naturist itu tanpa apa-apa dakwaan pelanggaran peraturan majlis tempatan malah bermula sambutan Hari Pekerja minggu lalu, Mpejati diiktiraf sebagai pantai bogel.
“Ini perjalanan jauh untuk kebebasan tetapi kami gembira dan berharap dapat mempromosikan pantai ini kepada semua pencinta telanjang,” kata pengerusi PersatuanNaturist Kebangsaan Afrika Selatan (SANNA), Serge Pavlovic.
Beliau malah mendakwa, amalan berbogel di pantai selaras dengan konsep natural atau semula jadi untuk manusia dan pewartaan kawasan pantai tersebut tidak perlu dibimbangi memberi kesan buruk kepada masyarakat tempatan.
Pantai bogel atau nude beach atau free beach diasaskan di Perancis sejak 1950-an, bahkan Persekutuan Naturist Antarabangsa (INF) menetapkan standard ketat termasuk tiada persetubuhan atau melancap di kawasan berkenaan.
SANNA berharap lebih banyak pantai awam di Afrika Selatan dapat dijadikan sebagai zon bogel secara rasmi seperti di Barat, malah amalan bertelanjang menjadi trend penduduk tanpa mengira anutan fahaman dan sosio-budaya.
“Bantahan masyarakat sekitar konon berbogel di pantai secara terbuka akan menggalakkan aktiviti seks bebas juga tidak pernah berasas kerana SANNA perlu mematuhi kod ketat INF,” tegas Pavlovic. – Agensi/H.A.AMREE