Datuk Siti Nurhaliza Redha Kandungan Keguguran

keguguran
 Datuk Siti Nurhaliza Redha Kandungan Keguguran |Baru saja tadi datuk Siti Nurhaliza Memuat naik status terbuka mengenai kehamilannya sekaligus menjawab semua persoalan persoalan yang telah di laporkan oleh sumber sumber terdekat yang mengesahkan kehamilan siti nurhaliza sebelum ini.
Namun hari ini penyanyi kesayang ramai itu dalam statusnya yang di muat naik pada jam 10 pagi tadi dia berkata redha dengan apa yang berlaku dan tetap bersyukur dengan anugerah yang dipinjamkan sementara buatnya.
Mengutip laporan astro awani "Ternyata Allah SWT hanya pinjamkan anugerah ini untuk seketika sahaja. Hanya sempat selama dua bulan saya kandungkan dan Khamis minggu lepas saya keguguran. Saya redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT telah memberikan saya jawapan di atas setiap doa. InsyaAllah ia permulaan untuk anugerah yang seterusnya," nukil penyanyi itu di akaun Instagramnya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu turut teguh dengan pendiriannya selama ini tentang mengapa beliau mendiamkan diri ketika berita kehamilannya heboh diperkatakan.
"Ada sebabnya Siti enggan mengiyakan atau menafikan berita kehamilan tersebut. Usia kandungan pada waktu itu masih terlalu "fragile". Saya hanya menantikan waktu yang sesuai untuk mendedahkan berita gembira itu, namun takdir Allah telah tertulis," ujarnya.
Tanpa menjelaskan secara terperinci mengenai berita sedih itu, Siti nyata tetap positif malah menyifatkan apa yang berlaku lebih mendekatkan dan meningkatkan keimanan dirinya kepada Allah SWT.
Biduanita muda itu juga tidak lupa mengucapkan terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada suami, keluarga, peminat dan masyarakat buat dirinya.
"Siti yakin pada perancang terbaik dalam hidup Siti iaitu Allah SWT," ujarnya ringkas.
"Selepas habis berpantang, Siti akan menjalani jadual harian seperti biasa. Siti hanya ingin berehat buat masa sekarang. Saya pohon pengertian semua pihak bagi diberikan sedikit ruang untuk saya berehat sebelum mula bekerja seperti biasa." akhiri penyanyi itu.
siti keguguran kandungan

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Random Entri

Arkib

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||

p.c

p.a

item