SIAPA SANGKA !! Masih ingat wajah comel Adi Putra "Genius Matematik Malaysia" yang dulu, namun cuba lihat 6 foto wajah terbarunya betul-betul memeranjatkan kami !!! Foto no. 5 tu..
http://beritapadu.blogspot.com/2016/01/siapa-sangka-masih-ingat-wajah-comel.html
**SIAPA SANGKA !! Masih ingat wajah comel Adi Putra "Genius Matematik Malaysia" yang dulu, namun cuba lihat 6 foto wajah terbarunya betul-betul memeranjatkan kami !!! Foto no. 5 tu nampak tak beliau pegang sesuatu... Anda tengoklah sendiri !!!**
Ketika berusia hanya enam tahun pada ketika itu, Adi Putra Abdul Ghani mengakui bahawa kepintaran luar biasa yang dimilikinya itu adalah pemberian Allah untuknya.
Kepintarannya dalam bidang matematik mendapat perhatian banyak pihak khususnya mengenai bantuan dan bimbingan yang wajar diberikan kepadanya bagi memastikan kebolehannya digilap dengan sebaik mungkin.
Bagaimanapun beberapa tahun selepas itu ramai pihak mula melahirkan kebimbangan apabila Adi Putra mengambil keputusan untuk berhenti belajar di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak selepas menyifatkan sistem pendidikan sedia ada tidak sesuai dengannya.
Malah masih teringat kata-katanya ketika itu apabila beliau mengumpamakan dirinya seperti ‘kereta Ferrari yang dipandu seperti kereta Kancil’.
Selepas 10 tahun, mStar Online kembali menjejaki Adi Putra, 16, bagi mengetahui perkembangan terkini genius matematik itu yang seakan menyepi daripada sebarang publisiti.
Menurut Adi Putra, beliau kini banyak menghabiskan masa memenuhi undangan daripada sekolah, universiti mahupun kumpulan tertentu untuk mengajar ilmu matematik luar biasa yang dimilikinya sejak lebih 10 tahun lalu.
Bukan itu sahaja, anak kepada pasangan suami isteri, Abdul Ghani Abdul Wahid dan Serihana Elias ini turut menerima jemputan untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti di Brunei Darussalam.
Namun di kala remaja seusia dengannya sedang giat mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, Adi Putra pada ketika ini masih belum memiliki sebarang kelayakan akademik secara bertulis.
Malangnya, remaja yang berasal dari Bagan Serai, Perak ini juga tidak mempunyai sijil sah pengajian di peringkat A-level yang diikutinya di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) beberapa tahun lalu.
Dakwa Adi Putra, beliau berjaya menghabiskan kursus yang diikutinya selama dua tahun di UIA, namun pembelajarannya tidak diiktiraf atas faktor usia.“Adi nak cakap lebih pun tak tahu sangat, tapi Adi memang sudah habis belajar selama dua tahun di UIA. Tapi Adi tak pernah dapat sijil. Senang cerita…Adi pergi belajar, bukan untuk dapatkan apa-apa.
“Adi belajar lima subjek iaitu fizik, kimia, biologi, matematik dan matematik tambahan, tapi memang Adi tak ada kelayakan bertulis, alasan yang diberitahu masa itu ialah sebab Adi bawah umur,” katanya.Beliau berkata demikian kepada mStar Online ketika ditemui sewaktu mengadakan program matematik bersama kanak-kanak di Subang baru-baru ini.
Ditanya bagaimana beliau mampu meneruskan kehidupannya dengan menjadi tenaga pengajar walaupun tanpa kelulusan akademik, Adi berkata beliau hanya bersandarkan kepada nama dan popularitinya sebelum ini.
“Memang tak ada kelayakan…tapi orang kenal Adi kerana nama ‘Adi Putra’. Orang tahu sejarah dan latar belakang Adi,” ujarnya.
Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini, Adi Putra bagaimanapun melahirkan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
Ujarnya, cita-cita sejak kecil untuk menjadi seorang profesor matematik Islam tidak pernah terpadam daripada sasaran hidupnya.
“Memang niat Adi pun insyaAllah kalau ada dana dan ada masa, Adi nak juga sambung belajar.
“Sasaran Adi ingin belajar di Monash University, Australia. Memang dari dulu lagi Adi nak ke sana sebab mereka ada modul (pembelajaran) untuk kanak-kanak seperti Adi. Malah mereka ada dana untuk Adi buat kajian dan sebagainya,” katanya.
Bagaimanapun menurut Adi Putra, beliau berhadapan masalah dana bagi membantunya melanjutkan pengajian dalam bidang sains dan matematik yang diminatinya.
“Masalahnya ialah dana…Adi perlu cari sendiri. Dari dulu sampai sekarang memang tak dapat sokongan atau dana dari mana-mana pihak.
“Semuanya Adi kena bergerak sendiri. Buat masa sekarang Adi masih tak boleh tinggalkan Malaysia dan tak boleh tinggalkan keluarga,” katanya.
Bercerita mengenai projek terbaharunya pada ketika ini, Adi Putra berkata, beliau kini sedang menumpukan perhatian kepada Kelab Inovasi Matematik hasil inisiatifnya sendiri.Cerita Adi Putra, kelab berkenaan bertujuan melatih golongan pelajar untuk mencipta formula matematik terkini mengikut kreativiti masing-masing.
"Selalunya kita biasa dengar inovasi dalam bidang sains. Sejak dari dulu tak banyak kita dengar orang cipta formula baharu dalam matematik.
"Formula yang kita belajar di sekolah adalah formula lama. Tapi Adi cuba dan menggalakkan pelajar untuk mencipta cara baharu. Banyak sebenarnya formula baharu yang boleh dicipta," katanya.
Setakat ini, menurut Adi Putra kelab berkenaan berjaya ditubuhkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai, Kelantan."Sekarang pun Adi sendiri sudah cipta sebanyak 286 formula. Mungkin ramai lagi orang di luar sana yang boleh mencipta formula-formula baharu dalam matematik.
"Setakat ini permintaan pun Alhamdulillah. Ada lagi sekolah-sekolah yang mahu Adi tubuhkan Kelab Inovasi Matematik ini di sekolah mereka.
"Adi sudah siapkan modul untuk sekolah menengah. Pada peringkat awal ini Adi sendiri yang akan mengajar bersama guru bimbingan kelab itu nanti," katanya.
Sumber asal