12 Rahsia Sulit Tun Mahathir Terbongkar, Perkara Sulit No.9 Betul-Betul Mengejutkan... PATUTLAH,!!!!!

12 Rahsia Sulit Tun Mahathir Terbongkar, Perkara Sulit No.9 Betul-Betul Mengejutkan... PATUTLAH,!!!!!




1. Sewaktu kecil, saya membelanjakan wang yang diberi ibu bapa untuk membeli buku pada hari minggu. Saya banyak membaca buku berbahasa Inggeris, jadi sebab itu saya fasih Bahasa Inggeris.

2. Apabila kita buat banyak kali, tidak dapat tidak, kita akan jadi cekap. Jika anda banyak membaca, otak anda semakin cekap. Apa yang anda bakal capai 3-5 tahun, adalah daripada apa yang anda baca sekarang. Usah berkira untuk berbelanja wang ringgit untuk dapat bacaan buku. Nilainya bukan pada apa yang kita keluarkan (wang ringgit), tetapi pada apa yang kita akan dapat nanti (ilmu).





3. Di seluruh Alor Star, banyak kedai Cina. Pekan Melayu, tetapi kebanyakan yang ada adalah kedai Cina. Saya tanya diri saya kenapa begini. Orang Melayu pada ketika itu menganggap berniaga itu hina. Dapat gaji adalah kerja mulia. Mudah kata, baru ada status. Saya rasa tak sedap hati. Majoriti orang Melayu masa itu adalah nelayan, rata rata miskin. Kita perlu ubah mindset begini.


4. Semasa standard 4, Jepun serang Tanah Melayu. 3 tahun saya tak bersekolah. Masa itu saya hairan bagaimana Jepun boleh kalahkan orang putih. Sebab itu anda boleh lihat dimana Jepun sekarang berbanding kita.




5. Semasa Jepun kalah, British kembali semua ke Tanah Melayu. Kita orang Melayu, seronok sakan pula. British datang, kata mahu gubal cara pemerintahan, mereka rancang mahu asaskan Malayan Union, jadi tanah jajahan British. Maksudnya raja diturunkan pangkat, mereka berkuasa sepenuhnya terhadap undang undang. Melayu marah, baru marah. Ketika isu itu melanda, saya berusia 20-25 tahun, saya bergerak aktif. Malam malam saya tampal poster, protes terhadap British.

6. Saya minat politik sejak remaja. Saya banyak bergerak dalam organisasi, persatuan persatuan Melayu, NGO. Masa itu, orang tak nak dengar cakap saya. Katanya, budak kecil, budak kampung. Orang skeptikal. Sebab itu saya sambung belajar, ambil lawyer, ambil doktor.

7. Satu skil untuk jadi pemimpin. Tahu apa yang orang bawahan mahu. Anda buat, rakyat akan suka. Saya suka pemimpin yang boleh bawa orang dari bawah jadi orang berjaya. Pemimpin pertama saya kagum adalah Rasulullah S.A.W (baca selawat). No 2, Peter The Great, pemimpin dari Rusia. Ketiga, Nelson Mandela, pejuang kemerdekaan Afrika Selatan.




8. Untuk buat apa apa, buat dengan disiplin. Jika sekarang, saya perlu sampai pukul 4 ke sini (MMU Cyberjaya), saya akan sampai sebelum pukul 4. Dan saya buktikan pada anda hari ini.


9. Jangan ikut keseronokan. Macam contoh, orang kita sekarang suka jadi mat rempit daripada belajar di universiti. Dulu lain, dapat tawaran universiti, kita dulu melompat lompat suka. Melayu sekarang perlu sedar. Tak rajin belajar ilmu baru, anda tidak akan berjaya.


10. Buat kerja dengan amanah, jujur. Dulu saya cipta slogan, “Bersih, Cekap, Amanah”. Kalau kita latih diri sebagai orang disiplin, jika kita ikuti prinsip yang dibawa slogan itu, negara kita akan maju lebih daripada negara maju yang lain.

11. Apa yang golongan muda boleh buat untuk negara. Jawapan: Kena kuasai segala gala untuk keluarga, masyarakat, negara. Jika hasil tidak nampak sekarang, itu kerja Tuhan. Yang pastinya, insyaAllah hasil pengorbanan kita dahulu, anak cucu kita akan hidup senang lenang. Begitu juga soal kemerdekaan, kemerdekaan negara pada hari ini adalah hasil pengorbanan daripada nenek moyang kita pada zaman mereka.




12. Apa masakan kegemaran yang Tun suka, hasil air tangan isteri tersayang, Tun Hasmah. Jawab Tun, “Erm, saya tak banyak sangat komen bab bab makan ini. Saya makan sahaja apa yang ada. Cuma satu sahaja saya suka sangat, daging bakar cicah air asam.” Kata Tun M lagi sambil berseloroh, “Lepas saya beritahu saya suka makan ini, ramai pula bawa datang sediakan daging bakar bila saya melawat tempat mereka.”

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Random Entri

Arkib

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||

p.c

p.a

item