Raja Arab Saudi Mengumumkan RM1.1 Juta Untuk Setiap Manggsa Tragedi Kren Tumbang



Raja Salman bin Abdulaziz telah mengeluarkan suatu perintah untuk membayar pampasan kepada keluarga si mati dan juga jemaah yang cedera dalam kemalangan kren di Masjidil Haram di Makkah Jumaat lalu.

Bantuan ini adalah seperti yang berikut:
1. Pembayaran 1,000,000 Riyal kepada setiap keluarga yang syahid dalam kemalangan itu.
2. Pembayaran 1,000,000 Riyal kepada jemaah cedera yang mengakibatkan kecacatan kekal.
3. Pembayaran 500,000 Riyal kepada jemaah lain yang cedera akibat kejadian tersebut.

Raja Salman juga mengeluarkan arahan bahawa bayaran tersebut tidak akan menghalang hak keluarga si mati dan juga yang cedera untuk menuntut tindakan undang-undang.

Raja juga mengeluarkan arahan bahawa dua orang waris daripada yang meninggal di Mekah akan dijemput menunaikan haji pada 1437H, tahun depan secara percuma.

Selain itu, mereka yang tercedera yang tidak dapat menunaikan haji tahun ini boleh menunaikan haji tahun depan sebagai tetamu Raja.

Keluarga mangsa yang tercedera yang masih tinggal di hospital untuk rawatan akan diberikan visa lawatan untuk menjaga manggsa untuk baki tempoh haji dan kembali ke negara mereka.

Sementara itu, Syarikat Bin Ladin digantung daripada mendapat sebarang projek baru, dan semua yang terlibat tidak dibenarkan keluar daripada Arab Saudi sehingga siasatan kes tersebut selesai


Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Random Entri

Arkib

|| KLIK SINI UNTUK BACA ||

p.c

p.a

item